Pengasas Teluk Ramunia Teluk_Ramunia

Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki bahagian ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (2013-08-12) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

Teluk Ramunia ini telah dibuka oleh 2 orang adik beradik, iaitu Tuan Syed Abdul Rahman dan Tuan Syed Abu Bakar.Mereka ini adalah diantara yang terlibat didalam Perang saudara yang terakhir iaitu Perang Temai, diantara Tun Mutahir dan adiknya Tun Ahmad, di Pahang dalam tahun 1863M semasa pergelutan merebut takhta kerajaan Pahang selepas kemangkatan Ayahanda mereka , Bendahara Tun Ali. Peperangan ini yang berakhir dengan tragedi kemangkatan Tun Mutahir dan anaknya akibat luka parah di Kuala Sedili pada bulan Mei 1863M lalu dikebumikan di Tanjung Puteri (Tg Belungkor?). Didalam peperangan tersebit, Temenggung Ibrahim dan anaknya Sultan Abu Bakar yang berpusat di Pulau Singapura, telah menyebelahi Tun Mutahir. Kemungkinan ikatan perkahwinan antara Tun Koris (anak Tun Mutahir) dengan Puteri Temenggung Ibrahim, menyebabkan sokongan dan bantuan diberikan oleh Temenggung Ibrahim dan diteruskan oleh anaknya, Sultan Abu Bakar kepada Tun Mutahir. Pasukan dari Johor ini telah juga mendapat bantuan dari Rembau, Muar, Perak, askar upahan Bugis dan lain lain tempat.Kedua beradik ini, Syed Abd Rahman dan Syed Abu Bakar telah menyebelahi Tun Mutahir didalam perang Temai, nama perang terakhir tersebut. Daripada kekalahan tersebut, dua bersaudara ini iaitu Syed Abd. Rahman dan Syed Abu Bakar telah terpaksa melarikan diri bersama sama pahlawan yang lain kerana berada di pihak yang tewas dalam peperangan tersebut. Dengan beberapa buah perahu (jalak), mereka berdua bersaudara pun belayarlah dengan menempuh pelbagai rintangan dan cabaran, sehinggakan kain layar kapal tersebut pun diperbuat dari kain tabir. Setelah itu mereka berjaya tiba ke Kampung Pahang di Singapura.Setelah beberapa waktu menetap di situ, mereka mengambil keputusan untuk meneroka sebuah penempatan yang baru. Lalu mereka pun belayar kembali dengan tujuan tersebut.Beberapa hari kemudian, mereka pun tiba di sebuah kukup, lalu mendarat di situ (Di kawasan Masjid Teluk Ramunia sekarang).

Pada pandangan dan firasat mereka, nampaknya tempat tersebut amat sesuai untuk didiami, lalu mereka bersaudara dan pengikutnya pun meneroka kawasan tersebut. Dalam pada masa membersihkan kawasan tersebut, mereka banyak bertemu dengan Pokok Ramunia yang terdapat disekitaran kukup tersebut. Oleh kerana itu, mereka bersepakat menamakan tempat tersebut sebagai 'Kampung Teluk Ramunia'. Dengan usaha dua bersaudara itu, banyak pokok-pokok kelapa ditanam atas bantuan dari Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor.

Apabila beliau meninggal dunia, adiknya Syed Abu Bakar telah dilantik sebagai ketua. Pada masa itu, penduduk semakin bertambah. Apabila beliau meninggal dunia, beliau telah disemadikan di suatu kawasan di belakang masjid Teluk Ramunia dan dijaga dengan baik hingga kini.